Sebulan Je Lagi Nak Kahwin, Muka Habis Terbakar Angkara ”Pressure Cooker”, Gadis Ini Kongsi Pengalaman Perit

Setiap orang pasti mengimpikan kulit wajah yang bersih dan cantik. Tambah lagi, kalau tempoh perkahwinan semakin hampir. Kecantikan dalaman dan luaran pasti lebih dititikberatkan terutamanya bagi wanita. Yelah, siapa yang tidak mahu tampil cantik semasa bergelar raja sehari nanti, betul tak?

Namun, seorang gadis Siti Salmian melalui laman facebooknya tampil berkongsi pengalaman beliau yang diduga dengan keadaan muka yang terbakar dalam tempoh lebih kurang sebulan lagi untuk berkahwin. Siapa yang tidak stress kalau kulit yang dijaga dengan elok, sudahnya melecur teruk ketika memasak. Nasib baiklah beransur pulih sedikit demi sedikit.

Jom kita ikuti perkongsian gadis ini seperti di bawah. Boleh dijadikan pengajaran buat semua di luar sana. Berhati-hatilah menggunakan barangan eletrik, bahaya yang tak dijangka boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Semoga bermanfaat !

TRAGEDI 20/3/2018. Dugaan sebulan lagi nak kahwin.

NAMPAK MUDAH TAPI SGT BAHAYA.

Nak cerita sikit ape yang terjadi sebenarnya. Okay , actually tetibe haritu tekak ni teringin sgt sgt nk makan sup tulang . Kebetulan pergi TF supermarket ternampak laa tulang tulang tuu so mmg terus grab.

Balik rumah macam biasa lah kite masak nasi, siang ape yg patut utk memasak ni.. cakap dekat mak “mak adik nak mkn sup tulang” mak pon balas nk kawin kan, kene laa belajar masak sup tulang.

Selama hidup ni buat kerja memasak tak pernah pon guna periuk pressure cooker tu.. memang tak pernah langsung . Selalu mak yg msk sup , kite ni intai intai je kt dapur. Nampak tak betapa rajinnya haritu pergila dapur masak semua . Kite pon rebus laa tulang tulang daging lembu tu dlm pressure cooker mcm biasa. Punya lah bongok sgt diri ni kite pon kunci periuk tu..

Gambar sumber google. Periuk yg kene tu xtahu mana mak simpan.

Dan tetibe tak tahu camne mungkin perut ni lapar sgt pergilah dapur tgk periuk tuuu usik laa pemegang nya entah macamana sekali meletup habis kene satu muka badan bagai . Kebodohan diri sis sendiri sebab memang tak google cara guna macamana. Dan nasib pejam mata masa tu kalau tak pejam mugkin mata pon kene sekali.

Masa kene sup panas tu, hanya Allah saje tahu betapa panas nyaaa muka tgn bdn . Lps lps kene mmg terus tadah muka ni dkt air yg mengalir . Itu pon sebab kakak kita ni nurse . Dia laa yg suruh letak tempat kene air panas tu dkt air yg mengalir. Sebab taknak ade gelembung gelembung . Yelaa muka kan, sebulan lagi nak kawin siapa tak frust kn????

Mak lagi lahh menangis tgk anak dia menjerit jerit sambil mak kata “kenapa la bukan mak yang masak harini”. Takpelah mak benda nak jadi bukan kite boleh elak . Ni semua dugaan . Tanda Allah syg kn kite.

Masa kene tu terus terbayang mcmana seksanya api neraka sedangkan aku ni Allah baru uji kene air panas sikit jee dah macam ape je rupa. Allahuakbar . And nasib laa doc kata dekat part muka kene gred 1 and 5% burn.

Ni 1st day masa kene admit ward . Terpaksa jadi mumia kejap sebab muka still rasa panas lagi.

Hari keempat masa ni , bangun bangun pagi dh mula mengelupas sikit.

Hari kelima . Masa nii nk pergi fitting baju kahwin dekat butik . Incik tunang ade dekat sebelah . Memang diam sepi tak ckp ape dgn dia sebab mulut bengkak . Kulit muka pon menegang.

Day 6

Day 6

Day 10 . Okay dh mula boleh senyum sikittt.

Day 11

Okay actually , sis nak pesan pada semua org tak kira laa lelaki ke perempuan ke tua ke muda keee. please please amik iktibar ape yg jd pada sis ni. Sis nk pesan pada korang, sebelum nak beli atau nak guna tu, tolong penuhkan ilmu di kepala otak anda terlebih dahulu.
Better korang google youtube cara guna tu semua dulu. Jgn jadi mcm saya yg agak kurang pandai ni. Sedangkan zaman sekarang boleh google hujung jari je kn??? Tapi langsung tak terlintas kat kepala otak ni nk google. Yasssss memang cepat empuk daging tu bila guna pressure cooker . Tapi sebaik baiknyaa google ke youtube laa dulu sebelum guna. Kalau dah kene mcm diri saya ni nk menyesal pon tak guna.

Okay , ini gmbar semalam . After 2weeks . Alhamdulillah syukur .. dlm proses skin repair lagi.

BIAR LAMBAT EMPUK ASALKAN SELAMAT

Yasss ! Org boleh gelak jee bila tgk kite kene camni. Tak semua org boleh postive . Alhamdulillah sis dikelilingi kawan kawan yg positif especially family dgn incik tunang yg always support jgn give up jgn down. Ambil iktibar tau korang! Be positive okay?

*periuk tak salah yang salahnyaa saya.

Sumber : Siakapkeli.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*