‘Anak Kita Ni Anugerah Allah’ – Hanis Zalikha Tersentuh & Emosi Gara-Gara Teguran Ini

Orang kata, anak ibarat kain putih yang perlu dicorakkan. Ibu bapa bertindak menjadi role model membentuk peribadi anak agar menjadi seorang yang berguna dan mendengar kata. Kami akui, fasa tersebut bukanlah sesuatu yang mudah. Bagi Hanis Zalikha sendiri, menjaga anak yang aktif seperti Yusuf Iskandar sangatlah mencabar.

Di Instagram, Hanis meluah rasa terharu dengan teguran yang diterima berkenaan caranya mendidik Yusuf. Meskipun hanya sepatah ayat, bagi seorang ibu muda sepertinya, dia berasa sangat tersentuh dan emosi.

This stage where I can read him and his cues

Yesterday was a fun and long day for Yusuf. And today I am bringing him out again but he woke up early at 7.30am this morning so I need to make sure he first got his nap by 1pm. I am quite nervous kalau nak keluar tapi dia belum nap. So at 12.40pm just now I put him to bed for his milk time and he went straight into his nap just like that, as planned. As planned. Why am I writing all this? Because this is my milestone as a mom. I feel like we deserve to acknowledge the fact that we have reached a certain stage. This stage where I can read him and his cues. I know how to make him take his nap, take his meal, take his shower. I don’t have to force him do anything because I know the way to talk to him, to handle him. And I always tell this to my mommy friends who is having a hard time (lagi2 time dalam pantang), anak kita ni anugerah Allah, dia datang ke dunia kita, jadi dia sangat terkejut dan nak adjust diri dia, dia perlukan masa. Waktu dalam pantang memang tunggang terbalik hidup kita sebab kita nak faham dia. Tapi satu hari nanti kita akan sampai satu tahap yang kita dah faham dia. Dan semuanya jadi lancar bila Allah izin.

Semalam merupakan hari yang sangat menyeronokkan buat Yusuf. Dan hari ini saya bawa dia keluar lagi tapi dia bangun seawal 730 pagi. Saya kena pastikan dia tidur sekejap pada jam 1 tengah hari. Saya risau kalau nak keluar tapi dia belum tidur. Jadi jam 1240 tengah hari tadi saya siapkan dia untuk tidur, bagi dia susu dan dia terus tidur seperti yang dirancang. Kenapa saya tulis semua ni? Sebab ini milestone saya sebagai ibu. Saya dah capai satu stage tertentu sebagai ibu. Stage di mana saya boleh bagi arahan dan dia ikut. Saya tahu macam mana cara nak bercakap dengan dia, nak layan dia. Dan saya selalu beritahu ibu muda yang ada kesukaran (lagi-lagi dalam pantang) anak kita ni anugerah Allah, dia datang ke dunia kita, jadi dia sangat terkejut dan nak adjust diri dia, dia perlukan masa. Waktu dalam pantang memang tunggang terbalik hidup kita sebab kita nak faham dia. Tapi satu hari nanti kita akan sampai satu tahap yang kita dah faham dia. Dan semuanya jadi lancar bila Allah izin.

“Ni semua fasa ni, fasa!”

Last night, when Kak Nina was sending us home, Yusuf dah cranky sangat and I had him on my lap. After awhile, her teen daughter (Kakak J) turned to me and said “Kak Hanis, I have so much respect for you” and I was like “why?” to which she answered “because of the way you take care of Yusuf”. At that moment, I felt so touched and so calm despite Yusuf yang serba tak kena. Padahal satu ayat tu je dia cakap. Tapi ia sangat bermakna buat seorang ibu muda. And I am so emotional because it’s true, it was a struggle and I’ve reached here. So young mommies if you are struggling with your baby, just say this to yourself ok “ni semua fasa ni, fasa!”. Dan banyak lagi fasa seronok (dan mencabar) nak tempuhi. Semoga semua usaha kita diberkatiNya.

 

 Sumber : Instagram Hanis Zalikha

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*