‘Kitorang Pergi Bersama, Dia Pergi Depan Mata Aku. Dia Lemas Depan Aku. Can You Imagine That?’

Baru-baru ini seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia akibat lemas ketika mandi di Air Terjun Utama, Sungai Chiling. Mangsa, Muhammad Ridzuan dikatakan terjun dari atas batu yang tinggi dan tidak timbul sehingga dia ditemui lemas. Tragedi hitam itu disaksikan sendiri oleh bakal tunangnya, Nurqamarina. Menurut Nurqamarina, mereka akan diijabkabulkan dalam masa 7 bulan. Sedihnya.

Tak dapat bayangkan perasaan kehilangan orang tersayang

Paparan skrin dibawah telah dikongsi oleh seorang pengguna Twitter bernama Wawa. Tweet itu telah mendapat lebih 12k perkongsian dimana netizen sangat bersimpati dengan dugaan yang terpaksa ditanggung oleh bakal tunang mangsa, Nurqamarina. Foto-foto dibawah antara luahan Nurqamarina di Insta Story di akaun Instagram miliknya.

‘Dia pergi depan mata aku..’

Sumber: Twitter

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*