Walaupun Terkilan Pesanan Tak Diendahkan, Wanita Ini Maafkan Pengasuh Arwah Anaknya

Terbaru tular di media sosial mengenai kejadian menyayat hati bayi berusia 10 bulan meninggal dunia dipercayai lemas dalam buaian ketika di bawah jagaan pengasuh. Bayi berkenaan tidak sedarkan diri ketika dalam keadaan terlangkup dalam buaian sebelum dikejarkan ke klinik berdekatan.

Menurut Metro Online, ibu mangsa telah memaklumkan kepada pengasuh bahawa anaknya mengalami selesema. Lebih sayu hati lagi, apabila segala persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri telah dibuat untuk anak bongsu. Tapi Allah lebih sayangkan anak syurga ini.

Badan bertukar biru

Saya hanya menangis ketika melihat muka dan badan anak sudah bertukar biru serta tidak sedarkan diri. Ketika itu, naluri saya berkata dia sudah tiada.

Hati ibu mana yang tidak remuk apabila melihat anak kesayangannya sudah tidak bernafas. Namun, ibu ini cekal dan terpaksa redha menerima ketentuan dariNya. Kejadian berlaku pada Jumaat lalu, apabila ibu kepada mangsa (Mikhael) menghantar bayi tersebut kepada pengasuh.

Bagaimanapun, bayi ini mulai tidak sedarkan diri apabila pengasuh meletakkannya di dalam buaian selepas mandi dalam keadaan terlangkup. Menyedari akan perkara ini, pengasuh segera membawa Mikhael ke klinik berdekatan untuk pemeriksaan doktor.

Telah nasihat tapi tak endah

Pengasuh wanita bersama anak perempuannya berusia 30-an memaklumkan mereka menemui Mikhael dalam keadaan terlangkup dan badannya pucat di dalam buaian. Dia (pengasuh) mendakwa selepas memandikan Mikhael, dia meletakkannya di dalam buaian untuk ditidurkan dalam keadaan terlangkup sebelum meninjau semula keadaannya 30 minit kemudian dan mendapati anak sudah tidak bergerak, manakala badannya sejuk.

Malah, ibu mangsa merasa terkilan apabila pesanannya tidak diendahkan pengasuh berkenaan. Dia telah menasihati agar memberi lebih perhatian kepada Mikhael kerana kondisi badanya kurang sihat (selesema).

Di rumah, Mikhael memang tidur dalam keadaan mengiring atau terlangkup, namun dia tidak tidur di dalam buaian. Malah, pengasuh pernah meminta saya menghantar buaian ke rumah mereka, namun saya tidak bersetuju.

Ibu mangsa telah membuat laporan di pondok polis Hospital Sungai Buloh selepas doktor yang merawat Mikhael memintanya berbuat demikian untuk tindakan lanjut.

Akibat lendiran dalam paru-paru

Hasil laporan awal mendapati Mikhael meninggal dunia akibat banyak lendiran dalam paru-paru menyebabkan dia mengalami kesukaran bernafas selain pendarahan pada usus. Namun, pihak hospital  masih menunggu laporan penuh bedah siasat yang dijangka mengambil masa lebih sebulan.

Saya sudah memaafkan pengasuh Mikhael dengan berjumpa selain berbincang dari hati ke hati dengannya.

Bagaimanapun, ibu mangsa Shazzy Wanie telah memaafkan pihak pengasuh tersebut dan redha akan pemergian anak bongsunya.

Credit: Metro Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*