Gadis Ini Menangis Bila Haqiem Rusli Mengaku Pakai Jam Pemberiannya

Seorang gadis dikatakan menangis terharu apabila mengetahui artis kegemaran Haqiem Rusli sering memakai jam pemberiannya. Pada mulanya rakan kepada gadis tersebut bertanya jika benar jam yang sering dipakai oleh Haqiem Rusli itu merupakan pemberian kawannya.

“Saya memang pakai barang fans kasi”

Haqiem Rusli tanpa segan silu mengakui perkara itu dan sempat berterima kasih atas pemberian tersebut. Tambah Haqiem Rusli, dia memang sering memakai semua barangan pemberian peminatnya sebaga tanda menghargai sokongan mereka.

Dalam pada itu ramai pengguna Twitter mula bertanya kepada Haqiem Rusli adakah barangan pemberian mereka sebelum ini turut dipakai oleh penyanyi itu. Malah tak kurang juga ada yang berseloroh dah memberi pickupline. Ish, sempat lagi ya!

Sumber : ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*